Assalamualaikum w.b.t.
Apa erti sahabat yang sebenar?
Adakah sahabat yang sebenar selalu bergurau senda dengan kita?
Add caption |
Bertambah manis lagi apabila sahabat sejati itu dikaitkan dengan ukhwah... ukhwah ini juga mempunyai makna yang cukup luas.. Sahabat sejati tidak pernah mengharapkan pembalasan apa kebaikkan yang dilakukannya kerana dia tahu apa yang dia lakukan itu kerana ALLAH .
Sama-samalah kita bertanya kepada hati masing-masing, ingatlah wahai teman, apa yang kita lakukan bergantung kepada niat.. dan setiap ibadah itu terkandung niat kerana ALLAH . Sebenarnya sahabat juga Ibadah jika caranya betul.. Apa tujuan kita bersahabat? cuma ada satu, iaitu mendekatkan diri kepada ALLAH dan mendapat redhoNYA... InsyaALLAH, sama-sama kita doakan..
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang
Assalam a'laikum.....
bersyukur dengan banyaknya dengan kurniaan nikmat yang diberi
kerana diberi rasa ini untuk menulis dalam wadah ini..
subhanallah
alhamdulillah
allah hu akhbar
segala puji bagimu tuhan semesta alam
pejam celik pejam celik tanpa sedar sudah hampir setahun setengah ana berada di jalan ini
sepanjang melaluinya. melalui onak dan duri. alhamdulillah masih disini. terkenang kisah jalan ini bersama sahabat yang lain. ada gelak , tawa, riang, ria dan air mata. banyak ibrah dari jalan ini yang mengajar erti kehidupan kepada ana. tambahan ana dari kalangan orang yang biasa dan diubah menjadi orang yang berfikiran lain dari orang biasa. mulanya ana rasa allah salah memilih ana kerana ana merasakan ana bukan orang yang layak pon. tetapi selalu dinasihati oleh para sahabat. kita memang tak layak pon. tapi kalau bukan kita nak menggalas beban ini siapa lagi agaknya. kalau bukan kita yang khuatirkan dengan agama kita. nak harapkan ah chong, ravi dan lain lain lagi. ada satu perasaan yang sukar digambarkan dalan hati ana yang mula bersinar cerah mennyinari setiap pelusuk ruang qalbu. begitu senang dengan jawapan itu. ana mula kembali senyum. tetapi dalam hati ini terselit juga rasa kesah gelisah kerana ana mulai sedar bahawa ini bukan jalan yang biasa. jalan ini penuh kaca yang bertaburan dan sembilu yang nyilu tak kala kaki ini pasti parah apabila meneruskan perjalan ini menuju illahi. alhamdulillah ana di sambut oleh sahabat yang sama sama melalui jalan ini dan mengurangi sedikit kesakitan yang dialami..tanpa sedari dalam jalan ini ana dapat menjelajahi negeri negei seluruh malaysia. subhanallah. hebatnya perancangan illahi. setiap kesulitan yang berlaku membuatkan ana tersenyum kerana ana terlihat pandangan hikmah sebelum ini ana tidak rasakan. di mana hanya dulu ana selalu mencemuh itu dan ini. ana mula dititpkan kesabaran dalam diri ini. masya allah. air mata mula bergenang membasahi pipi melihat ciptaan illahi.
sur....sur..... surfina!!!
jom makan... makanan sudah dihidangkkan
ana terkejut mendengar teriakan husna lalu cepat cepat mengusap pipi takut takut disedari husna yang ligat berlegar di ruang dapur dan ruang makan. ana cepat cepat menutup jendela. unggas unggas saling melunakkan bunyi yang merdu dengan lirik fitrah alam semula jadi meraikan kedatangan malam. burung - burung mula bertebangan pulang ke sarang masing masing. setelah jendela ditutup. bunyian unggas kurang didengari lagi.
No comments:
Post a Comment